
Sudah lama mencari kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian, untuk dibanggakan pada hari tua, tidak mahu terkongkong umpama sayap yang terikat pada beban galas yang tiada erti. Adakalanya kita harus mengorbankan kepentingan diri demi keluarga yang tercinta, berhenti menyiksa diri dan menerima setiap kebaikan itu sebagai keperluan dalam kehidupan.
Aku membebaskan impian bersama untuk mengecapi masa depan yang lebih cerah. Aku lebih yakin dan percaya tuhan memahami isi hatiku berbanding manusia yang pelbagai rupa dan gaya. Adakalanya bertopengkan wajah manusia sebaliknya berupakan makhluk yang tiada etika. Aku sudah cuba segalanya, namun ia ibarat mendera diri sendiri kerana terpaksa memendam rasa sehingga menderita dibelenggu rasa bersalah yang tiada berpenghujungnya.
Kini aku sedar.. dan aku kembali sebelum segalanya terlambat.. Aku masih diterima, dibanggakan sebagai seorang anak, isteri & ibu yang setia. Biarlah aku mencari kehidupan yang lebih bererti.. Ia membawaku ke arah kedamaian, ketenangan dan kesejahteraan..
0 comments:
Post a Comment