Zalia Firdina

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Siapa kita untuk menilai orang lain?


Erm.. kenapa perlu celik akal?. Allah SWT menciptakan manusia dan binatang dengan otak namun, yang membezakan antara manusia dengan binatang adalah akal. Sebab tulah ibu pilih celik akal sebagai 'pencuci mulut' buat santapan minda kita. Bagi Ibu, semua manusia itu mempunyai akal namun hanya sebilangan sahaja daripada kita yang benar-benar menggunakannya. Tahukah kamu bahawa otak kita merupakan bahagian tubuh yang sangat penting dan sebagai pusat pengatur dari semua kegiatan manusia. Tapi, bagaimana pula kita hendak mengukur akal? Itulah salah satu kuasa Allah Azza Wajallah Maha Besar. Sejenak diri ini memikirkan tentang manusia yang bijak menggunakan akal untuk merosakkan hidup orang dengan menabur fitnah, mencaci, menghina, dan sebagainya demi untuk memuaskan nafsu dan kepentingan diri sendiri. Meningkatkan diri sendiri dengan hasil daripada kejatuhan orang lain untuk mendapatkan perhatian masyarakat dan mengecapi kesenangan dengan mengambil kesempatan kotor atas nama penipuan dan penindasan. Menutupi kelemahan dan dosa sendiri sedangkan bersenang-senang bercerita tentang hal orang lain dan menuding satu jari menandakan 'kau yang melakukan segalanya' sedangkan empat jari memantul balik ke arah diri sendiri, bijak kan? Mungkin ini yang mereka belajar di dalam hidup mereka dan mereka membawa bukti bahawa inilah NILAI diri mereka dan keadaan ini juga membuktikan bahawa mereka sebagai Lawyer Buruk... Tahu kenapa? Sebab secara tidak langsung mereka sudah melakukan sikap negatif, yang suka menghukum dan menghakimi orang lain.
Jika kita insan yang waras, kita akan sedar bahawa tugas yang seberhaknya menghukum adalah urusan Allah SWT kerana Dia yang menciptakan kita dan padaNya lah tempat kita kembali kelak. Bukankah Dia yang Maha Mengetahui atas segala perkara? Siapa dan apa hak kita untuk menghakimi kehidupan orang lain? Sesuci manakah diri kita sehingga menghina orang lain dan mulia sangatkah kita apabila bergelar penghina? Jika kita tidak dapat mencerminkan 'siapa' diri kita yang sebenarnya, sekurang-kurangnya renungilah sejarah silam tentang apa yang pernah kita lakukan dulu. Maka dengan itu mereka akan sedar bahawa 'ludah' mereka yang sememangnya berbau yang selama ini hanya asyik 'meludah' ke arah orang lain. Buktinya sudah ada 'apabila sering mengata dan mencari kelemahan orang lain' dan sesekali tanyalah diri kita sendiri, 'baik sangatkah aku nie?' Kesimpulanya disini, marilah kita fikir mengunakan akal kita sebelum hati kita menjadi hitam akibat jauh daripada mendapat hidayah daripada Allah SWT.
'Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan dan pembohongan adalah keraguan' (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)...

2 comments:

firahadifa said...

ngape nie? ..

biase la tue manusia.. dok suke irihati jer..

Mashii said...

waa..akak ada bakat menulis...kalaulah semua manusia berfikiran begini pasti aman dunia ni..

'Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan dan pembohongan adalah keraguan' (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)...

Post a Comment