Zalia Firdina

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

bersangka baiklah


kita x call org tu tak semestinya kita x ingat kat dia, x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia, x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita, org yg jarang call kita,org yg jarang senyum dgn kita, org yg kita jarang jumpa, adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.

bersangka baiklah dgn Allah bersangka baiklah dgn mereka terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.

salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia. X semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita, kalau kita x luahkan masakan mereka tahu, x boleh expect org nak go after us each time, sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn..soalan2 i.e bertanya kabar utk menguji...sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata
mmg susah nak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yg kita tidak percaya tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya

hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yg menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah

manusia itu bersifat ikhtiariah.. .boleh memilih apa yg dia mahu sbb dia ada akal

andai kita pilih utk hidup dgn mudah maka kita akan dpt hidup dgn mudah

andai kita pilih utk hidup susah maka kita akan dpt utk hidup susah

andai kita pilih utk hidup sbg pejuang maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang

*Allah sayangkan kita, Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu*

Mencari kehidupan yang lebih bererti..


Hari ni aku telah membuat keputusan yang teramat besar dalam hidup. Sebagai seorang hamba Allah swt, seorang anak kepada ibunya, seorang isteri kepada suaminya seorang ibu kepada anaknya & seorang insan yang berpegang teguh pada prinsip kebenaran dan keyakinan hakiki.
Sudah lama mencari kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian, untuk dibanggakan pada hari tua, tidak mahu terkongkong umpama sayap yang terikat pada beban galas yang tiada erti. Adakalanya kita harus mengorbankan kepentingan diri demi keluarga yang tercinta, berhenti menyiksa diri dan menerima setiap kebaikan itu sebagai keperluan dalam kehidupan.

Aku membebaskan impian bersama untuk mengecapi masa depan yang lebih cerah. Aku lebih yakin dan percaya tuhan memahami isi hatiku berbanding manusia yang pelbagai rupa dan gaya. Adakalanya bertopengkan wajah manusia sebaliknya berupakan makhluk yang tiada etika. Aku sudah cuba segalanya, namun ia ibarat mendera diri sendiri kerana terpaksa memendam rasa sehingga menderita dibelenggu rasa bersalah yang tiada berpenghujungnya.

Kini aku sedar.. dan aku kembali sebelum segalanya terlambat.. Aku masih diterima, dibanggakan sebagai seorang anak, isteri & ibu yang setia. Biarlah aku mencari kehidupan yang lebih bererti.. Ia membawaku ke arah kedamaian, ketenangan dan kesejahteraan..










Nasyid Sempena Ma'al Hijrah


Tajuk Lagu: Gemilang Ummah
Nasyid ni tahun lepas... masa tu aku di bawah MAMPU., walaupun dimenangi oleh ICU ternyata MAMPU msh tetap utuh sekali lagi tahun ini, MAMPU menghantar wakil (tp tanpa akulah) kali ni aku tak berpeluang tengok coz terpaksa ganti kak fizah(PA Dato') sedih tu tak lah tapi terkilan gaklah... coz aku memang minat lagu2 nasyid ni.. bukan senang nak dapat peluang ni, tambah2 lagi bila dah ada anak ni susah skit... pergerakan pn terbatas. Ternyata Festival Nasyid kali ni pun memihak pada ICU... Cayalah ICU... u all d best. Tahniah Cheq Shikin (lunak merdu suara tu patutlah menang) pape pn Taniah pada semua termasuk member2 Nasyid kat MAMPU tu( try again) dont give up. Kemenangan pasti berpihak pada orang yg sabar. So berusahalah... Bila sekali pandang perasan tak (perut tu...) masa ni usia kandunganku dah masuk 3 @ 4 bln, bila aku gerakkan bahu (kiranya badanlah) time tu jugak bby kat dlm tu turut sama bergerak... tulah sekarang ni kuat sgt menangis... menjerit sampai terbatuk2...bila dodoikan adik (ibu nyanyi skit) adik pun turut sama nyanyi (dlm bahasa adik) last2 ibu yg tertido.


Time ni pulak duk dengar penerangan cikgu Fadlita (pengajar Vokal bintang Kecil), kata cikgu jgn target tuk menang just buat yg terbaik.... biar orang enjoy jer... tengok Ecah tu memang bersemangat (sabar chah blm star lagi ni), pape pun memang kita orang enjoy.. tq cikgu, jasamu tetap dikenang..