Zalia Firdina

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

SETUJU TAK?


rasanya ibu setuju dila baca topic di bawah ni... topic ni ibu ambik melalui blog babyibu, rasanya memang ibu setujulah, so mcm mana dgn ibu2 yg kat luar sana tu setuju tak?

Wanita tak suka apabila lelaki...

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, 'buka pintu', 'buat kopi', 'angkat kasut' dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi...' dan 'tolong buka pintu tu...'.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata 'gurau pun tak boleh.'

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang 'buat dak' terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Dari itu, jika lelaki peka akan pantang kaum wanita, rasanya banyak peperangan mulut, perang dingin dan kes mogok dan merajuk dapat dielakkan. So macam mana..anda setuju? SO APA LAGI NI KENA SUH PAPA BACA NI...

CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.


Jom Join CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL. masih lum terlambat lagih ni tarikh tutup 31 oktober 2009. walau tak menang pun tapi tak pe... just untuk memeriahkan contest ni... so pada ibu2, mama2, mummy2 atau yg seangkatan dengannya tu jom ar kita sama2 join contest ni ...... gambar ni ibu ambik masa Dina umor 11 bulan... sekarang dah besar tak gelak cam tu ar.. malu kot just senyum simpul je.... sopan sebenarnya anak ibu ni....(er eleh nak senyum ar tu). So gambar yg di bawah nilah untuk di petaruhkan, juri2 boleh pilih yer untuk kesesuaian... heee..heee.





NAMA:

DAMIA FIRDINA BT ABDULLAH FAISAL

UMUR

1 TAHUN 2 BULAN


ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


So apa tunggu lagi???

Sertai online contest ini sekarang. :)

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
****************************************
Contoh gambar senyuman ceria si comel adalah seperti banner contest ni.
Ceria kan senyuman tu?

SO apa tunggu lagi??

Jangan tunggu lama lama .. nanti lama lama.. langsung terlupa buat entri .....

Konvensyen KIK


Perbentangan di mulakan................. Akhirnya dapat tempat juga.... hurey!
Inilah peserta KIK kumpulan KATALIS

Penyokong setia Bahagian Khas
Selaras dgn etika ICU (Sentiasa mendahului)
sempat lagi bergambar
semua dalam kesedihan (hanya group kita je yg tau)






Bila hati semakin menjauh


Entah kenapa hatiku terdetik untuk mencoretkan apa yg selama ini difikir2kan… Bila difikirkan balik memang betul …. Manusia hanya pandang pada pendidikan dan kedudukan, sedangkan mereka yang tidak berpendidikan dibuang (ambil bila di perlukan sahaja) dilupa tanpa perhatian & kasih… Adakah engkau mengerti wahai manusia akan perasaan mereka? Kehendak mereka? Perasaanya………. Merayu untuk mendapatkan perhatian (mungkin engkau tidak sedar setelah di tutup dengan sesuatu yg indah & cantik dipandang)seperti mereka yg engkau kasih & tatang seperti minyak yang penuh. Bersikap adilah pada mereka x kira siapa kawan, menantu, cucu, anak, abang, kakak adik mereka ada perasaan jangan sampai bla hatinya dah terluka,beremdam air mata, bila menyepi baru tertanya2 Why! Why! Why! sudah berubah, selama bertahun mereka merayu untuk diberi perhatian tapi hakikatnya apa yg mereka dapat?hanya doa & harapan untuk mereka terus bersabar bertahan sebagai kawan, menantu, cucu, anak, abang, kakak what everlah asalkan mereka yg ada perasaan.
Kisah ini juga mengajarku untuk terus kehadapan belajar, belajar cari ilmu cari pengalaman cari apa yg boleh memberi manfaat selagi nyawa dikandung badan tapi yang pasti ilmu tidak boleh dipisahkan ia bekalan untuk kita kini, kelak sehinggalah diakhir nyawa kita pun ilmu tu tak kan putus dari jasad…. Cari ilmu sebanyak yang mungkinnnnng kata abah, kalau kita tak mulakan sekarang bila lagi kita nak mula (kata abah walau sehebatmana pun kita perempuan tempatnya di dapur jugak yg penting tanggungjawab) tapi org sekarang ni yg malas tu lah disayangi & disanjungi yg penting ada pendidikan….. bak kata suamiku kita x blh nak paksa2 hati org menyayangi & mengasihi kita, nak lakonkan perasaan tersebut pun susah yg pastinya akan kantoi jugak….. yg penting hargailah apa yg kita ada….. ingat kata2 mummy ‘Tuhan tu maha adil yg penting sabar & terima ujiannya dengan redha’kita hanyalah manusia biasa…..

Asma ke?


Semalam balik kerja terus p klinik Pakar Kanak-kanak An-Nur check anak ibu, Dina x sihat bunyi penafasan pun cam asma je, susu pun tak nak minum lemah je badan anak ibu kesian,,, kita sebagai ibu ni tengok anak mcm tu rasa nak nangis pun ada tapi apa yg boleh kita buat... kliniklah penyelesaian. Otw Dina just tido je... sampai klinik ramai jugak baby2 so tunggu je ler turn. Apa yg mengejutkan ibu anak ibu yg dah 3 hari x sihat sampai klinik terus sihat kalau tak caya tengok gambar kat bawah ni.... tapi still nafasnya masih bunyi lagi....

just tengok dulu org main

papa try letak tapi x nak pulak

Tengoklah si manja ibu ni

nak pulak turun ambik kasut (nak balik ker tu....)



bagi kat ibu suh ibu pakaikan (tp x blh sayang .... lum jumpa doktor agi ni)



dah nampak dh tanda2 minat (nak main la tu)


ibu bagi lesen p lah nak jalan2

bukan main lagi senyuman sayang ibu ni.....

so lepas ibu bagi lesen tibalah turn adik masuk jumpa atok(panggilan untuk doktor nampak mesra skit) doc tanya kenapa ni, ibu kata demam +muntah(bila batuk susu pn x blh masuk) bila nafas, berbunyi mcm nak asma je.... doc check (time ni xsenyum je anak dara ibu tu) memang ada tanda2 asma... masuk kat bilik belakang nurse bagi sedut gas, meraung sekuat hati anak ibu tu, ibu kesian gak sebenarnya tapi untuk kebaikan terpaksa ibu menahan rasa tersebut..so hari sabtu ni pagi kena p lagi (kesian lak anak ibu) harap2 dah ok.

kebizian


Sejak kebelakangan ni ibu sibuk jer, asyik balik malam jer.. mana taknya kerja melambak2 mana nak siapkan KMK lagi, SDO lagi & sibuk wak 5S semuanya nak minggu depan... mcm mana pn slaid tu mesti siap hari jumaat ni... adui letih. Sudut 5S ibu dah siapkan semalam tu pun terpaksa bawak anak dara ibu tu kat Opis nasib baik ramai yg tolong jaga blh lah ibu fokuskan pada kerja tu... (terima kasih semua ye coz sudi jaga Firdina syg korang semua)balik malam tu adik2 kat opis ni ajak p umah akak kat opis ni... saja makan2... lagi pun memang dah lapar sgt pun... balik pun tak de org gak kat umah, papa p antar ayah chik kat airport, ayah chik dh start kelas sorry ye ayah chik.. ibu terpaksa korbankan masa kat opis ni tak dapat jumpa ayah chik may b tahun depan plak balik kot..(jauh. kat Mesir) malam tu kepenatan amatlah dirasai oleh ibu begitu jugak ngan Dina.. kan sayang... hanya kita berdua je yg faham... so balik umah ditemani oleh kawan ibu, Asiah antar sampai kat atas may b kesiankan ibu kepenatan membawa beg & plastik beg sambil memangku anak ibu di bahu (Adui berat.... anak ibu sahaja pun dah 10kg > dah thanks ye Asiah) mata tak yah cakaplah orang dah ngantuk faham2 je lah cam ner.... balik trus iron baju ibu & papa.. cll papa katanya masih ada kat Airport bersama dgn familynya, nak tunggu memang tak leh nak tunggu dah.. ngantuk sangat mata ni... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz (dah x sedar apa dah).......................................................................... masuk opis pagi may b ada org pasan ibu ngantuk agi... terus punch & kemas workstation yg mana patut... buang semua yg tak nak (stapler yg jatuh kat bawah pun ibu kutip gak...) jenguk jap kat sudut 5S yg wak semalam, Ops ada yg terjatuh so ambik sweetape tampal balik... lega jap blh tarik nafas skit.... Continue 4 laporan prestasi lak... tapi KMK lum siap agi.. arr wak KMK dulu (rajah ishikawa & rajah SWOT)...... tak pelah dah x lama dah berakhir KMK ni tinggal lebih kurang 5 hari je lagi untuk present.... nanti selamat tinggal lah............*************************************************************

Bertugas D' Opis


Hari ni giliran ibu bertugas kat opis... so terpaksa balik pkul 6.30, semua dah check kecuali tinggal 3 @ 4 orang pegawai yg lum balik agih, banyak kerja kot.. sementara tunggu jam 6.30 ibu rekod fail pelupusan ni sambil jerling2 skit kat blog ni... bukannya apa balik umah nanti susah lak nak update berebut PC ngan hasben d tambah plak nak jaga anak dara ibu sorang tu, kan dah lasak so banyak kena bagi perhatianlah... manja sebenarnya anak ibu ni... so tinggal beberapa minit lagi ni... rasanya last ibu nak check pastu nak tinggalkan tugas ni pada sapa2 yg ada kat opis ni.... kesian anak ibu tunggu lama... tak pe papa kan ada ye sayang... tak sabar nak balik ni... lapar... haaaa..haaaa target dah makin menghampiri( apa tu???? tunggu & lihatlah perubahan ibu nanti)

Kecomelan Anak Dara ku Balik Kampung


Memang suka anak ibu ni balik kampung... mana taknya d kampung semua ada, kat umah nak tengok batu pn susah bila tengok gelagat anak ibu ni... wah mcm kampung dia je yg punya, dulu balik kampung masih tak tau apa2 (masa tu Dina 2 @ 4 bulan) so skrg ni semua benda pun dah tau... dan semua benda nk makan (batu pn rasa enak) kadang2 asyik nak jalan je tapi sronok gak ibu melayan si comel ibu ni (di mata ibu comel lah ank ibu ni sapa lagi nak puji kalau tak ibu sendiri kan) memang bangga jadi ibu ni, sapa2 yg tak kahwin lagi tu cepat2 lah kahwin dapatlah merasa jadi ibu sronokkkkk...
memang penat tapi bila di fikir2kan balik penat pun untuk sapa untuk anak kita jugak kan, bila tengok telatahnya yg lucu tu hilang segala penat ni....inilah telatah anak ibu yg baru mengenal kampung ni...

Ngan kak Jihan
dah terikut main batu gak

nampak batu di tangan anak ibu tu

may b terpegun dgn ciptaanNya



Sronoknya

tengok apa tu

buat macam adik ni

last2 jadi cam ni (Tak blh nak tengok ar indah sangat suasana kampung)

orrr..... (mimik muka cam ni lah yg selalu dibuatnya terutamanya bila tengok sesuatu yg x pernah dilihat dek matanya)

Si Comel Berbaju Raya Contest


DAMIA FIRDINA BINTI ABDULLAH FAISAL
UMUR 1 TAHUN 1BULAN


~ VOTE FOR DAMIA FIRDINA... ~

Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
  • Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
  • Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
  • Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen..so mehla ramai-ramai sertai..

P/s: Jutaan terima kasih kepada sponsors kita..Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko..