Zalia Firdina

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Foto Raya di Terengganu


lena tul anak dara ibu ni....

Kak Ngah & Family

Ibu punya kerja ni...(bangun dik nak ambik gambar ni)
Papa... cepat nak p jalan2 ni
Intai papa... terus kena snap
ngan adik....(prasan tak adik ku tu sebenarnya pnant dah 5 bulan) ibu lambat lagi kot...
ngan hasben
Time ni imbas balik first2 kawin dulu.....
Abah & Mummy
Adik2 (yg baju biru tu kakak ku tapi paling kecik dlm keluarga lum kahwin lagi tau)
ni cucu abah aki yg ke-6 (x lama lagi Uqashah Akan dapat adik)
inilah satu2nya abg ku....yg len semua kakak





kak Jihan Ayah Chik & Dina


Mama & Ibu
Papa, Mama, Cha, Kadir yg kat belakang Suamiku

bukan senang nak posing maut ni Hero-hero yg handsome

Keluarga bahagia (action yg lebih tengok suamiku)

Bersama cucu

dikelilingi oleh hero2 ( sorang tak cukup kakak ipar ku may b tak sihat...)

Sebenarnya ibu menyorok kat belakang.. kalau Dina nampak ibu tak maunya bergambar

Inilah keluarga mertua ku.... memang happy bila tengok adik beradik belah suamiku... mana tak nyer semua hero2, tapi bila di dapur memang kesian mama... penat sorang2... Ibu pun kadang2 jadi hantu gak... haaa...haaa angin kus..kus. Raya tahun ni memang bermakna skit bagi ibu.... coz anak ibu dah pandai jalan dan berperasaan skit... so agak emosi skitlah.. yg menariknya beraya di kampung papa ni saudara mara tak jauh sekeliling umah jer.. so tak payah bersusah payah naik keta, tau2 je lah anak dara ibu tu... sekarang kan dah pandai majuk2 (ikut pragai ibu ler tu kata papa semua ikut ibu tak pe ler anak ibu kan sayang) duk dlm keta pn nak jalan may b rimas ibu duk peluk je kot... anak sorang mesti lah sayang... untuk tahun depan raya pertama & kedua ibu bakal beraya d umah mertua plak ikut turn kata papa baru tak gaduh adilkan .. ye lah papa.. papa yg terbaik, terbagus, terlucu & tersmart oppss.. papa memang smart buktinya dah ada yg nak ngorat papa tau.. okey stop kat situ jer nanti nak cter pasal my family pulak.

SYMP


Esk dah nak balik Putrajaya.. so ibu duk pikir2 nak cari barangg ape ek nak wak balik tuk kwn2... wak balik kuih raya pun dah cukup kot(nanti kalau ada rezeki ibu nak wak gak open house kat umah) bukannya apa susah nak kuar ni si anak dara ada nak kuar pasti kena bawak sama2... so stakat ni ibu jalan2 kat KBmall & Pantai Timur jer.. nk g pasar tapi tak sempat esk dah nak balik... pada kwn2 tak sempat ibu nak beli ole2 untuk kekawan disana....
************************************************************************ali**************
Masuk kerja nanti mesti busy ngan tugasan KMK... 30hb dah nak present... entah sempat tak nak siapkan slaid tu... kalau tak terpaksalah ibu bermalam lagi kat opis, kesian anak ibu.. (harap2 En.Shahrum sempat siapkan malas no ibu ni)... dan paling ibu harapkan jalan clear esk... jauh ni ni.... selamat kembali bertugas.

Firdina dah start praktikal


Pagi tadi nak antar Firdina kat taska... keluar je dari pintu keta cam tak de orang je... bukak pintu kunci lak... try jenguk kat dalam nampak terang tapi kosong tak de budak2.. sah mesti taksa ni dah start cuti.... ibu pulak lupa nak tengok tarikh start cuti hari raya..just kepala ni duk ingat tarikh sehingga 28/9/09 je coz tarikh tu ibu pun masih cuti lagi... kampung jauh tu yg cuti panjang tu...

Sampai kat keta, papa taska adik dah tutup lah..... so terpaksalah bawak anak ibu ni naik opis...tak pelah cll kwn ibu dulu tanya dia line clear ke tak... tak tau nak buat mcm ni... last2 bawak naik gak kt opis ni... Opsss... susu tak de satu tinggal kt taska satu tinggal kat umah... igt ke taska bukak tu yg tak buat susu untuk Firdina tu... Alaaaaaaaaaa... kesiannyer anak ibu ni... nasib baik ada biskut raya dlm keta bawak naik kat opis tu lah yg Firdina makan...

melangkah masuk jer kat opis terus bawak Firdina pada antie2 yg ada ni... tergaman jap Firdina nengok ramai org.... ibu tengok cam nak nangis je tapi cam leh cover lagi... bukak biskut raya bagi kat kat Firdina.... lapar agaknyer... makan sampai tak endah org di sekeliling... ibu tengok kat pantry just ada hocliks je yg sesuai untuk Firdina so buat lah skit untuk hilangkan haus Firdina tu...tapi bila dah lama nampak mcm suka je anak dara ibu ni duk kt opis... mula nak jalan2... Asmah yg jadi mangsa Firdina.... tapi ibu tengok si Asmah ni mcm suka je kt Firdina... (tulah kahwin cepat dapat anak cepat kalau ada rezeki...heeee.heee)

**************************************************************************************************************************************
Bergilir2 dgn papa jaga.. bawak ke opis papa lak... tapi ibu tak tau cam ner lah papa jaga.. call papa tanya papa kata kwn2 dia duk jaga.... jap agi ibu ambik plak... last2 pening Firdina tu...... tak pe kali ni emegency.......
Esk dah nak balik kampung dah jumpa Opah & Abah Aki.. sukanyer..

Masa ni baru lepas g ambik adik so time ni macam biasa lah jalan memang jem, apa lagi anak ibu ni dah tahap bosan kot, kadang2 mcm pandai jer drive... nak drive kreta... kejap2 nak duduk kat blakang, entahlah mcm2 ragam... tak puas hati belakang bahu ibu yg digigitnya so inilah caranya tak nak bagi keadaan tersebut berulang... pakaikan cermin mata... tapi memang betul Firdina ni memang suka cermin mata.. sapa2 yg pakai cermin mata tu hati2lah... kan tak pasal jadi mangsa Firdina lagi... cermin mata ibu yg dulu dah jadi arwah dah.. yg ni pulak dah tenat sgt2 dah... tapi masih blh diguna pakai bila perlu je.. time meetinglah..

nak masak punya citer


Dah lama tak jenguk ke dunia luahan ini... ni nak citer skit pasal masak memasak ni.. masa first puasa(dah lama lah kiranya citer ni) papa kata nak masak kat umah sepanjang bulan pose, ibu kata tak de idealah nak masak hari-hari tak nak masak lauk sama jer... ( padahal memang tak tau masak pun hee.hee) so masa jalan2 kat Alamanda terdetik di hati ibu nak cari buku masakan... ibu kurang skit masakan berempah ni terutamanya karimemang tak suka... (citarasa ibu lain skit dgn papa... papakan suka kari terutamanya kari mamak tu sampai licin pinggan tu... sodap katanya....) ibu kata ibu nak cari buku masakan ala-ala thai... so cari punya cari banyak jugak masakan yg langsung tak pernah ibu merasa... so jumpalah satu buku ni... MASAKAN THAI tak mahal pun 50 hinggit lebih lah... lebih kurang gitulah..... banyak jugak resepi yg memang mcm best jer... first pose tu ibu masaklah berpandukan buku tu... masak lemak putih bahasa thai lupa lak ibu...nanti balik umah tengok .. tapi yg ni lain skit.. tak letak bawang langsung, just letak lengkuas, serai, halia dan sedikit perahan air limau nipis... lauk tu ibu letak ikan merah( dlm buku tu ikan kembung tapi boleh jer..)yg penting ibu letak banyak serai best gitu... memang best tak pernah lagi ibu makan masakan tu..... cuma tak leh masuk cili jer... kan tak pasal anak ibu tak leh makan...... tapi masa ibu duk cari2 buku dgn papa bukan main sronok lagi Firdina bila kitaorang lepas dia... tengoklah gambar kat bawah tu... mcm2 ragam..





Bila hati semakin menjauh


Entah kenapa hatiku terdetik untuk mencoretkan apa yg selama ini difikir2kan… Bila difikirkan balik memang betul …. Manusia hanya pandang pada pendidikan dan kedudukan, sedangkan mereka yang tidak berpendidikan dibuang (ambil bila di perlukan sahaja) dilupa tanpa perhatian & kasih… Adakah engkau mengerti wahai manusia akan perasaan mereka? Kehendak mereka? Perasaanya………. Merayu untuk mendapatkan perhatian (mungkin engkau tidak sedar setelah di tutup dengan sesuatu yg indah & cantik dipandang)seperti mereka yg engkau kasih & tatang seperti minyak yang penuh. Bersikap adilah pada mereka x kira siapa kawan, menantu, cucu, anak, abang, kakak adik mereka ada perasaan jangan sampai bla hatinya dah terluka,beremdam air mata, bila menyepi baru tertanya2 Why! Why! Why! sudah berubah, selama bertahun mereka merayu untuk diberi perhatian tapi hakikatnya apa yg mereka dapat?hanya doa & harapan untuk mereka terus bersabar bertahan sebagai kawan, menantu, cucu, anak, abang, kakak what everlah asalkan mereka yg ada perasaan.
Kisah ini juga mengajarku untuk terus kehadapan belajar, belajar cari ilmu cari pengalaman cari apa yg boleh memberi manfaat selagi nyawa dikandung badan tapi yang pasti ilmu tidak boleh dipisahkan ia bekalan untuk kita kini, kelak sehinggalah diakhir nyawa kita pun ilmu tu tak kan putus dari jasad…. Cari ilmu sebanyak yang mungkinnnnng kata abah, kalau kita tak mulakan sekarang bila lagi kita nak mula (kata abah walau sehebatmana pun kita perempuan tempatnya di dapur jugak yg penting tanggungjawab) tapi org sekarang ni yg malas tu lah disayangi & disanjungi yg penting ada pendidikan….. bak kata suamiku kita x blh nak paksa2 hati org menyayangi & mengasihi kita, nak lakonkan perasaan tersebut pun susah yg pastinya akan kantoi jugak….. yg penting hargailah apa yg kita ada….. ingat kata2 mummy ‘Tuhan tu maha adil yg penting sabar & terima ujiannya dengan redha’kita hanyalah manusia biasa…..